
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
Koleksi Am (Rak Terbuka / Open Shelf)
Bahan bacaan dalam pelbagai bidang yang boleh diperolehi daripada ruangan Rak Terbuka. Koleksi di bahagian ini boleh dipinjam oleh pengguna Pusat Sumber mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.
Bahan seperti ensiklopedia, kamus, panduan, bibliografi yang boleh diperolehi daripada ruangan Rak Rujukan (Buku dengan Tanda Biru)
Koleksi Tanda Merah
Bahan bacaan yang merupakan rujukan asas pembelajaran bagi kursus-kursus tertentu. Boleh diperolehi diruangan Koleksi Tanda Merah.
Koleksi Terbitan Bersiri
Bahan seperti Jurnal yang diterbitkan secara berkala. Boelh diperolehi di ruangan Jurnal. (Tanda JUR pada tulang belakang buku)
Koleksi Rujukan (Koleksi Tanda Biru)
Koleksi Penyelidikan
Bahan hasil penyelidikan ahli akademik dan guru pelatih, tesis pelajar dan kakitangan IPG Keningau.
Koleksi Multimedia
Bahan berbentuk audio cakera padat dan video cakera digital.
Koleksi Kanak-kanak
Bahan bacaan fiksyen dan non-fiksyen sesuai untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ditempatkan di Bilik Kanak-Kanak.
Koleksi Fiksyen
Bahan bacaan fiksyen dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Koleksi Buku Teks Terbitan KPM
Buku Teks terkini yang diguna pakai di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran.
Koleksi Bahan Bantu Mengajar
Bahan Bantu Mengajar seperti Globe, Congkak, Model Manusia/Binatang dan pelbagai bentuk peralatan lain yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Koleksi Folio Praktikum
Bahan-bahan hasil Guru Pelatih terdahulu yang mengandungi maklumat semasa melakukan kerja-kerja praktikum.