

Mengenaikami
Ditubuhkan pada tahun 1986, Pusat Sumber terletak berdekatan dengan blok pentadbiran Terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh pengguna khususnya warga IPG Keningau seperti bahan bacaan yang pelbagai, Satelit TV (ASTRO) , Kemudahan bilik perbincangan dan kawasan pembelajaran yang luas serta selesa. .
VISI
Melahirkan guru yang cemerlang dari segi sahsiah diri, berketerampilan, berilmu dan mampu mendidik anak bangsa.
MISI
Membina kemudahan perkhidmatan yang efisien serta membina koleksi yang lengkap dan terkini bagi memenuhi keperluan pengguna.
OBJEKTIF
Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan bacaan, rujukan, pinjaman bahan bercetak, elektronik, Internet serta suasana pembelajaran yang kondusif sebagai Learning Organization yang mantap.
Kenyataan ini direalisasikan melalui objektif-objektif berikut:
-
Membina koleksi buku dan bahan bantu mengajar mengikut opsyen mata pelajaran yang ditawarkan di institut.
-
Memastikan semua bahan diproses dan diurus mengikut prosedur kerja supaya bahan-bahan mudah dikesan dan dipinjam dengan cepat.
-
Menyediakan kemudahan digital untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
-
Menyediakan pusat ilmu dengan suasana yang kondusif dan mesra pelanggan.


