
SENARAI ARTIKEL/RUJUKAN BAHASA KADAZANDUSUN
1. Kreativiti dan Inovasi / KPM (Buku Rujukan)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 memberi penekanan untuk
membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan
Negara di abad ke-21. Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan.....
2. Language Attitudes of Kadazandusun People Toward Their Mothe Tongue / Lydia Tumin (UNIMAS, 2008)
Abstrak:
Tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik sikap bahasa orang-orang Kadazandusun
terhadap bahasa ibunda mereka sendiri Kajian ini juga merangkumi penyelidikan
kefasihan berbahasa dalam bahasa kadazandusun, pengunaan bahasa
Kadazandusun dalam pertuturan antara generasi dalam keluarga responden dan
mengkaji kekerapan pengunaan bahasa Kadazandusun dalam tujuh situasi. Kajian
ini dilakukan dalam satu komuniti Kadazandusun di Kampung Tohan Baru
Keningau, Sabah. Sampel terdiri daripada 90 orang responden berumur 14 tahun
keatas daripada 50 keluarga yang terpilih. Analisis dijalankan menggunakan
kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden
memiliki sikap positif terhadap bahasa Kadazandusun. Selain itu juga, dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap kefasihan berbahasa dalam Kadazandusun
semakin menurun di kalangan responden muda. Analisis juga menunjukkan
penggunaan bahasa dalam keluarga responden di bezakan oleh kekerapan
pengunaan bahasa kadazandusun di kalangan generasi dewasa dan bahasa Melayu
pula lebih kerap digunakan oleh generasi muda. Analysis pengunaan bahasa dalam
beberapa situasi yang berbeza mendapati pengunaan bahasa kadazandusun adalah
lebih kerap pada situasi perbualan di tempat kerja, antara rakan dan juga antara
jiran. Manakala, bahasa Melayu lebih dikerap digunakan dalam perbualan antara
keluarga, di sekolah, dalam upacara keagamaan dan ketika berada di kedai.
3. Language Shift in a Majority Ethnolinguistic Speech Group A Case Study of Kadazandusun Families in Sabah / Esther Jawing (UNIMAS, 2006)
Peralihan bahasa (Language Shift) di kalangan masyarakat majmuk daripada berbilang etnik merujuk kepada bahasa ibunda yang tidak lagi diguna pakai di kelompok masyarakat itu sendiri. Kajian ini mengkaji fenomena pertukaran bahasa antara generasi dalam keluarga masyarakat Kadazandusun. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengunaan bahasa dalam setiap generasi yang berbeza dan tujuan bahasa tersebut digunakan, mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong kepada proses peralihan bahasa dan mengkaji perkaitan di antara pengunaan bahasa Kadazandusun dengan nilai identiti etnik. Kajian ini adalah merupakan kajian kes yang diadaptasi berdasarkan pemerhatian umum di mana penggunaan bahasa dalam domain keluarga telah mengalami perubahan yang ketara. Kaedah yang digunakan adalah temubual dan pemerhatian untuk mengkaji fenomena sosial yang menitikberatkan perspektif responden. Penemuan kajian mendapati bahasa Kadazandusun hanya digunakan di kalangan Generasi 1 dan 2 manakala generasi muda (Generasi 3 dan 4) cenderung ke arah pengunaan Bahasa Malaysia (dialek Sabah) dan Bahasa Inggeris yang diadaptasi sebagai bahasa ibunda. Pengunaan Bahasa Malaysia (dialek Sabah) dan / atau Bahasa Inggeris telah mengambil alih fungsi komunikasi yang dahulunya didominasi oleh Bahasa Kadazandusun dalam domain famili. Beberapa faktor yang telah dikenalpasti sebagai punca kepada peralihan bahasa ialah pendidikan, perkahwinan campur, prestij, perubahan persekitaran dan masalah dalam kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam perhubungan. Faktor-faktor tersebut mempercepatkan lagi proses peralihan bahasa. Akhir sekali, majoriti daripada generasi muda menghargai kepentingan Bahasa Kadazandusun sebagai penentu identiti mereka yang datang dari rumpun bangsa Kadazandusun. Penemuan kajian ini boleh diaplikasikan dalam konteks kajian ini dan juga dalam konteks berbeza yang mempunyai ‘setting’ yang sama dengan kajian ini.
4. A case study on the use of Kadazandusun language in the teaching of mother tongue language / Sandra Logijin (Ethnic Language Unit Curriculum Development Centre
Ministry of Education Malaysia)
This paper discusses the teaching of Kadazandusun language as the mother tongue language
of the Kadazandusun community in Sabah, Malaysia. It also discusses the factors that
influenced the language shift and language domination among the Kadazandusun. Due
emphasis is also given to the development process and implementation of the Kadazandusun
language syllabus, as well as the steps taken to promote the teaching and learning of the
Kadazandusun language. In implementing the Kadazandusun syllabus, factors such as
strategies, support programmes, community mobilization, challenges encountered and the
impact on the community are taken into account.
5. Penggunaan Slanga Dalam Kalangan Pelajar Kadazan Dusun Di Univesiti Pendidikan Sultan Idris/ Minah Sintian (UPSI, 2015)
Penggunaan bahasa slanga di institusi pengajian tinggi telah menjadi kajian di negara barat seawal tahun 1851 dan menjadi kajian serius selepas tiga dekad selepas Perang Dunia Pertama. Kajian mendapati slanga berfungsi sebagai identiti sosial pelajar dan merupakan sebahagian daripada budaya pelajar. Ahli sosiologi bahasa mengkategorikan slanga sebagai salah satu jenis ragam bahasa yang mengandungi perkataan dan frasa yang digunakan secara tidak formal, kata-kata yang sewenang-wenangnya berubah, keterlaluan dan terpaksa. Slanga kerap digunakan dalam pertuturan berbanding penulisan dan diujarkan oleh kelompok tertentu untuk tujuan tersendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti leksikal slanga yang dituturkan oleh pelajar Kadazan Dusun, mengenal pasti fungsi leksikal yang diujarkan dan menjelaskan faktor timbulnya leksikal slanga tersebut. Seramai 20 orang pelajar etnik Kadazan Dusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dipilih sebagai responden kajian. Data diperolehi menggunakan kaedah temu bual bersemuka jenis semi struktur. Model sosiologi bahasa deskriptif oleh Fishman dijadikan sandaran dalam menjelaskan permasalahan, objektif dan soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar cenderung menggunakan bahasa slanga dalam kalangan kumpulan mereka sahaja atas tujuan gurauan, slogan dan melahirkan perasaan. Salah satu faktor pengungkapan leksikal slanga ialah bawaan daripada kebiasaan dalam persekitaran keluarga dan masyarakatnya di negeri Sabah. Antara perkataan dan frasa yang sering kali digunakan ialah “sipag”, “haro harapan?”, “JKK” dan “mana saya tau, saya mabuk”. Leksikal slanga yang diungkapkan mempunyai ciri-ciri kedaerahan dan etnisitis dari sudut kata, dan sebutan selari dengan pengalaman hidup pelajar.
6. Impak Dialek Melayu Sabah ke atas Bahasa Ibunda Generasi Muda Etnik Kadazandusun/ Noor Aina Dani & Syeril Patrisia Kining
International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 4(2), 2016: 45 - 55
(http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2016-0402-05)
7. Asimilasi Kata Melayu Ke Kata Kadazandusun Tinjauan Dalam Pengajaran Mikro Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)/Minah Sintian
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan kepustakaan. Tinjauan dilakukan semasa pengajaran mikro pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Pengajaran mikro dirakam dan dimasukkan ke dalam CD (Compact Disc) untuk dianalisis bagi mengenal pasti asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun. Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Responden terdiri daripada 14 orang pelajar ambilan pertama DPLI yang terdiri daripada guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Kaedah kepustakaan digunakan dalam menyokong dan menyempurnakan kajian. Didapati bahawa 100% pelajar DPLI cenderung mengasimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun dalam lisan. Kata-kata bahasa Melayu mengalami perubahan bunyi fonem kerana proses penggantian, pengguguran dan penambahan. Kajian ini mendapati bahawa faktor asimilasi kata Melayu ke kata Kadazandusun adalah kerana kata Kadazandusun merupakan salah satu rumpun bahasa Melayu dalam keluarga Austronesia. Bahasa serumpun mempunyai pertalian linguistik seperti tatabahasa, makna, sebutan, ungkapan, kosa kata dan sebagainya meskipun hanya sedikit sahaja. Dasar pendidikan kebangsaan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai subjek teras di samping bahasa pengantar di sekolah-sekolah kerajaan dilihat sebagai penyumbang dominan terhadap proses asimilasi tersebut.
8. Memartabatkan Keindahan Bahasa Kadazandusun / Minah Sintian (UPSI)
Bahasa sesuatu bangsa adalah milik kaum yang membudayakan bahasa tersebut dalam detik kehidupannya. Bahasa itu unik, dinamik dan pastinya mempunyai keindahan tersendiri sama ada dalam bentuk penulisan, pengujaran ataupun dalam aspek maknanya. Kertas kerja ini memfokuskan beberapa aspek keindahan bahasa dalam sistem bunyi dan morfologi Bahasa Kadazandusun. Sistem bunyi ditinjau dalam fonem suprasegmental, harmoni vokal dan bunyi diftong. Morfologi pula dilihat dalam aspek morfem terikat khususnya kata akar yang hanya berfungsi dan bermakna apabila diberi imbuhan. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah rujukan kepustakaan, internet dan perbincangan dengan para pelajar ijazah sarjana muda yang mengambil minor Bahasa Kadazandusun. Kertas kerja ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengembangan kajian Bahasa Kadazandusun yang masih dalam proses membangunkannya.
9. Pengenalan Sintaksis Bahasa Kadazandusun/ Minah Sintian (UPSI)
Kertas kerja ini bertujuan memperkenalkan sintaksis asas dalam bahasa Kadazandusun iaitu lebih memfokuskan kepada pembentukan struktur ayat dalam bahasa Kadazandusun jenis bahasa VSO (Verb-Subject-Object). Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan pustakaan. Berdasarkan kajian, didapati bahawa pembentukan ayat dalam bahasa Kadazandusun sama ada perbualan ataupun penulisan, kebanyakannya disusun menurut bahasa jenis VSO iaitu mendepankan kata kerja kemudian disusuli dengan subjek dan objek. Diharapkan kajian ini akan menjadi landasan kepada penggiat bahasa untuk menyelidik sintaksis bahasa Kadazandusun dengan lebih lanjut.)
10. Penggunaan Aspek Morfologi Bahasa Kadazandusun Dalam Kalangan Guru Bukan Opsyen Bahasa Kadazandusun Di Sekolah Menengah Negeri Sabah / Minah Sintian (UPSI)
Kertas kerja ini membentangkan penggunaan aspek morfologi bahasa Kadazandusun terhadap guru Kadazandusun sekolah menengah yang bukan opsyen dalam subjek tersebut. Dua puluh lima buah sekolah menengah di negeri Sabah telah dikenal pasti sebagai lokasi kajian. Kajian ini melibatkan 70 orang guru yang mengajar di sekolah tersebut. Kajian dilakukan menggunakan kaedah soal selidik. Instrumen soal selidik ditadbir sendiri oleh penyelidik berasaskan domain kognitif Taksonomi Bloom. Satu set soal selidik yang mengandungi 42 item skala Likert digunakan untuk mengukur maklum balas responden. Data dianalisis menggunakan ujian One-Way ANOVA untuk menyempurnakan objektif kajian, soalan kajian dan hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan penggunaan aspek morfologi mempunyai perbezaan yang signifikan dengan pengalaman guru mengajar kecuali bentuk kata ganda (F(3,66) = 2.658, p = .055, p>.05). Penggunaan aspek morfologi dengan kekerapan guru menghadiri kursus juga menunjukkan signifikannya kecuali penggunaan bentuk kata ganda (F(3,66) = 2.631, p = .057, p>.05). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan aspek morfologi berdasarkan umur guru kecuali penggunaan kata terbitan (F(3,66) = 2.780, p = .048, p < 0.05).
11. Penggunaan Bahasa Melayu Pelajar Program Minor Bahasa Kadazandusun Universiti Pendidikan Sultan Idris Dalam Tugasan: Satu Analisis / Minah Sintian (UPSI)
Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian berkaitan penggunaan Bahasa Melayu dalam tugasan pelajar Program Minor Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan rujukan kepustakaan. Terdapat 10 buah tugasan pelajar bagi kursus BDK3033 Kemahiran Menulis dalam Bahasa Kadazandusun telah dianalisis. Beberapa perkara diambil kira dalam kajian ini antaranya menganalisis perkataan Bahasa Melayu yang terkandung dalam tugasan sama ada perkataan tersebut ditulis menggunakan ejaan Bahasa Melayu ataupun dieja menggunakan campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun. Contoh ‘minta tolong’ (ejaan Bahasa Melayu), ‘mokitulung’ (ejaan campuran Bahasa Melayu dan Kadazandusun). Rangkai kata ‘minta tolong’ dalam Bahasa Kadazandusun yang betul ialah mokiuhup iaitu terdiri daripada satu perkataan sahaja. Dapatan menunjukkan tugasan yang paling kerap menggunakan Bahasa Melayu ialah Tugasan 10 iaitu terdapat 77 perkataan yang dieja betul menggunakan Bahasa Melayu, diikuti Tugasan 5 iaitu terdapat 55 perkataan Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul, Tugasan 9 iaitu terdapat 49 perkataan Bahasa Melayu dan Tugasan 8 iaitu terdapat 47 perkataan Bahasa Melayu. Tugasan yang paling kurang menggunakan Bahasa Melayu ialah Tugasan 2 iaitu hanya terdapat 6 perkataan Bahasa Melayu sahaja. Keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Program Minor Bahasa Kadazandusun telah begitu sebati dalam diri mereka sama ada dalam bentuk lisan mahupun penulisan.
12. Penggunaan Tatabahasa Kadazandusun Dalam Kalangan Guru Bahasa Kadazandusun Di Sekolah Menengah Negeri Sabah / Minah Sintian (UPSI)
Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian berkaitan penggunaan aspek tatabahasa, khususnya dalam konteks morfologi Bahasa Kadazandusun terhadap guru Bahasa Kadazandusun sekolah menengah di negeri Sabah. Dua puluh lima buah sekolah menengah di negeri Sabah telah dikenal pasti sebagai lokasi kajian. Kajian ini melibatkan 70 orang responden yang mengajar di sekolah tersebut. Responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar Bahasa Kadazandusun sebagai subjek elektif di sekolah menengah. Subjek tersebut bukan merupakan opsyen mereka semasa di maktab perguruan atau di universiti kerana subjek tersebut baharu diperkenalkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan beberapa buah institusi perguruan di Sabah. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Instrumen yang digunakan digubal oleh penyelidik sendiri berasaskan domain kognitif Taksonomi Bloom. Satu set soal selidik yang mengandungi 42 item menggunakan skala Likert digunakan untuk mengukur maklum balas responden terhadap penggunaan aspek tatabahasa. Analisis data dalam kajian ini melibatkan statistik deskriptif sahaja. Dapatan kajian menggunakan statistik deskriptif dibentangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan menunjukkan guru paling kerap menggunakan kata ganda pada skor 3 bagi ketiga-tiga aras kognitif iaitu aras pengetahuan 85.7%, aras pemahaman dan aplikasi masing-masing 78.6%. Kajian ini diharapkan menjadi platform dalam penambahbaikan kursus dalaman kepada guru-guru Bahasa Kadazandusun.
14. Reka Bentuk Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Peperiksaan Spm Bahasa Kadazandusun: Satu Cadangan/
Minah Sintian (UPSI)
Melahirkan modal insan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia memerlukan pelajar menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Bahasa Kadazandusun sebagai mata pelajaran elektif dalam peperiksaan SPM perlu diubah suai dan dimurnikan struktur reka bentuk pentaksirannya yang lama selaras dengan KBAT. Kertas kerja ini membentangkan satu cadangan reka bentuk pentaksiran KBAT dalam peperiksaan SPM Bahasa Kadazandusun. Format pentaksiran mata pelajaran tersebut dirancang berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran Bahasa Kadazandusun yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum pada tahun 2000. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan contoh soalan SPM Bahasa Kadazandusun tahun sebelumnya dan rujukan kepustakaan. Reka bentuk pentaksiran KBAT SPM Bahasa Kadazandusun mengambil kira aspirasi murid seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu kemahiran berfikir, kemahiran kepimpinan, pengetahuan, profisiensi dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Pentaksiran KBAT dalam SPM Bahasa Kadazandusun perlu memastikan pelajar mampu menganalisis maklumat, menghubungkaitkan pelbagai pengetahuan, menyelesaikan masalah dan keupayaan membuat keputusan dengan harapan pelajar mampu memacu pembelajaran sendiri dan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Diharapkan kertas kerja ini dapat menjadi panduan guru-guru mata pelajaran Bahasa Kadazandusun dalam merancang dan menggubal item pentaksiran yang menerapkan elemen KBAT.
15. Tema dan fungsi peribahasa masyarakat Kadazandusun / Rowdella Raymond Raimi (UPSI, 2017)
Masyarakat Kadazandusun sangat kaya dengan unsur dan nilai sastera yang mencakupi puisi, prosa tradisional, adat resam, kebudayaan dan banyak lagi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tema dan fungsi peribahasa masyarakat Kadazandusun sebagai lambang cerminan budayanya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengaplikasikan Teori Budaya dan gagasan Za’ba. Penyelidikan ini menjelaskan secara terperinci jenis-jenis peribahasa, tema dan fungsi peribahasa serta menghuraikan hubungan peribahasa dengan budaya. Justeru, usaha penyelidikan peribahasa sebagai sebahagian khazanah budaya masyarakat Kadazandusun dapat membentuk jati diri mahupun didikan sebagai moraliti masyarakat. Peribahasa turut mengajar nilai hidup bermasyarakat dan membentuk masyarakat yang beradab sopan serta sebagai alat didaktik untuk memperluas pengetahuan bahasa. Oleh itu, hasil daripada kajian ini mendapati bahawa peribahasa dapat dibahagi kepada empat jenis iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan yang dibuktikan melalui seni percakapan dan golongannya dalam bahasa kiasan. Di samping itu, tema dan fungsi dapat menjelaskan secara terperinci keunikan peribahasa yakni mengelompokkan peribahasa semula dan mengaitkan maklumat tersirat dan tersurat. Tema dan fungsi ini selaras dan berkait rapat dengan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan dari segi ekonomi, adat resam, perkahwinan dan sosial masyarakat Kadazandusun. Menyedari hakikat peribahasa yang kian dilupakan oleh masyarakat Kadazandusun khususnya, maka pendapat para tokoh berkaitan dengan peribahasa dan pembudayaan akan membuktikan kepentingan peribahasa yang mampu membuka minda masyarakat serta mengingatkan semula peribahasa sebagai lambang kebanggaan bahasa dan bangsa. Implikasinya, kajian ini dapat dikongsikan bersama seluruh masyarakat tentang pentingnya peribahasa kepada generasi muda dalam masyarakat.
16. Unsur-unsur Sejarah Dalam Sudawil (Pantun) Kadazandusun/ Rosaliah Kiting (UPSI)
Setiap ilmu yang berkembang muncul dengan suatu latar belakang yang mendahuluinya.
Lazimnya proses pembentukan dan pengukuhan ilmu tersebut diasaskan oleh peristiwa, ruang
dan waktu tertentu. Kajian mengenai asal-usul dan salasilah peristiwa yang benar-benar berlaku
pada waktu lampau termasuk dalam pengkajian sejarah. Sejarah juga merupakan catatan dan
maklumat tentang sesuatu organisasi manusia dan ia serupa dengan peradaban dunia iaitu
perubahan yang terjadi pada sifat-sifat manusia seperti kebiadaban, keramahan, sikap
setiakawan, revolusi dan pemberontakan segolongan manusia terhadap manusia lain. Oleh itu
kajian ini akan menumpukan penelitian terhadap unsur-unsur sejarah dalam sudawil
Kadazandusun untuk merumuskan gambaran masa lalu tentang Kadazandusun dan sekitarnya
sebagai makhluk sosial yang meliputi urutan fakta tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang
memberi pengertian dan kefahaman tentang peradaban masyarakat ini.