
PERATURAN PERPUSTAKAAN
-
Semua warga institut layak menjadi ahli Perpustakaan. Pengguna Luar yang ingin menjadi ahli mestilah membuat permohonan bertulis kepada pengarah.
-
Pengguna diwajibkan memakai Kad Pelajar/Pekerja/Ahli Luar/Pelawat semasa berada di dalam Perpustakaan. Pengguna tidak dibenarkan meminjam bahan Pusat Sumber dengan menggunakan kad orang lain.
-
Mana-mana ahli yang telah dilucutkan keahliannya tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan Perpustakaan. Keahlian warga institut yang tidak berkhidmat/tamat kursus di IPGKK akan luput secara automatik.
-
Pengguna dilarang membawa masuk (payung dan beg kecuali beg yang mengandungi Komputer riba sahaja) ke dalam Perpustakaan. Sila simpan di rak penyimpanan/loker yang disediakan dan pengguna dinasihatkan agar tidak meninggalkan barangan berharga di rak penyimpanan/loker.
-
Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam Perpustakaan. Pelajar dimestikan mematuhi Peraturan Pakaian Pelajar yang dikuatkuasa oleh Jabatan Hal-Ehwal Pelajar semasa berada di Perpustakan.
-
Pengguna mesti berkelakuan baik dan sopan semasa berada di dalam Perpustakaan.
-
Dilarang merokok semasa berada di kawasan Perpustakaan.
-
Dilarang makan atau membawa masuk makanan di dalam Perpustakaan.
-
Dilarang berbual atau berbuat bising dan menggangu kententeraman dalam Perpustakaan.
-
Handphone mesti berada dalam keadaan silent mode ketika berada dalam Perpustakaan.
-
Dilarang membawa dan memindahkan bahan Perpustakaan dari satu koleksi ke koleksi yang lain.
-
Pengguna yang membuat salinan bahan Perpustakaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan bertentangan dengan Akta Hakcipta.